Search This Blog

Friday, July 1, 2011

Erti Sebuah Perhubungan...

Assalammualaikum...


Setelah agak lama tak update, baru kini ada kerajinan nak menaip...
Okla, entri kali ni sangat sinonim dengan kehidupan sekeliling kita...
Dan sangat2 diperlukan oleh setiap manusia yang ada di muka bumi ni...
Tipu lah kalau ada yang kata manusia boleh hidup bersendirian...
Hakikatnya, manusia perlukan manusia yang lain sebagai pelengkap dalam kehidupan seharian...

Apa yang mahu saya kongsikan adalah peranan dalam hubungan..
Pernahkan anda mengalami situasi sebegini...

Kawan anda hanya akan bercakap dengan anda bila tiada kawan yang lain bersama anda?
Tiada siapa selain anda yang boleh diajak teman ke suatu tempat apabila terdesak?
Meninggalkan anda terpinga2 sendiri apabila kawan yang lebih rapat ada bersama anda?
Anda bagaikan orang ketiga dalam hubungan dengan kawan2 yang lain?


Pendek kata...
Anda dijadikan pilihan terakhir untuk berkawan..
Time susah, baru nak cari..
Tapi time suka, senang, anda ditinggalkan macam tu je...

Sebenarnya keadaan ni biasa..
Dan sering saja dilihat dimana2 pun anda berada...
Malah, mungkin terjadi pada diri anda sendiri...
Atau, anda melakukannya kepada kawan anda sendiri...
Mungkin tanpa sedar atau mungkin dengan sengaja...

Jadi, jika keadaan ini berlaku...
Apa sebenarnya erti sebuah hubungan kepada anda?
Hanya sebagai pelengkap ketika kekosongan...
Yang boleh dibuang sekiranya ada pengganti yang lebih baik?
Atau dijadikan sahabat yang berkongsi segala suka duka..
Dan masih memerlukan kita walaupun ada yang lebih baik?

Setiap manusia ada kelebihan masing-masing..
Dan yang paling penting, setiap manusia ada perasaan...

Bayangkan diri anda berada dalam situasi terbuang...
Bayangkan kepedihan hati yang dirasai...

Jadi, hargai sebuah perhubungan...
Sebab semua perhubungan ada nilai yang sangat tinggi...
Renung-renungkan.. 
^_^



No comments:

Post a Comment