assalammualaikum...
ok, entah nape ntah kali ni nak cakap pasal cinta jarak jauh..
maybe ramai yang dikalangan kita ni ada yg bercinta atau yang dah berkahwin, tapi terpaksa berpisah disebabkan kekangan kerja, study atau macam2 lagi...dugaan kan..sedih itu iya jugak..
tapi macamane nk kekal kan supaya rasa cinta yang ade terhadap pasangan kita ni semakin hari semakin menyala dengan terangnye? bukan makin hari makin malap..(ehh...masalah ni..)
sebenarnye, ape yang penting, kita kne saling jujur dan kesetiaan tu mesti ada..yelah, dugaan ni banyak..kalau hati nak berubah pun, kita xboleh nak buat pape sebab kita sendiri xmampu nak mengawalnya... jadi macamana???
ok, sy kongsikan sikit tips yang mungkin dapat diamalkan...:-)
Apa yang anda perlukan untuk menjaga hubungan jarak jauh anda itu ialah bercakap dengan si dia atau dalam erti kata lain berbual di telefon. Yang penting, pastikan anda dan si dia sentiasa berhubung. Mungkin cukup sekadar bertanya khabar. Tapi awas, jangan terlalu kerap menghantar SMS atau bertanyakan perkara yang sama sejak pagi sehingga malam. Si dia akan menganggap bahawa anda sudah kehabisan idea untuk berborak.
Atau mungkin anda inginkan kelainan, cuba ajak si dia ber’web cam’. Cara ini sememangnya terbukti berkesan kerana walaupun anda berjauhan dengan si dia, rindu anda akan terubat tatkala memandang wajahnya. Tapi saya agak pelik dan hairan, sekiranya setiap hari anda ber’web cam’ dengannya, kenapa anda tidak terus bertemu dengannya? Bukankah itu lebih senang? Abaikan saja, mungkin anda mempunyai alasan tersendiri. Melalui cara ini, mungkin juga anda dan si dia lebih selesa berhubung. Mana tahu, cinta anda akan menjadi lebih mekar selepas ini!
Berkongsi gambar juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan anda dengan si dia. Zaman sekarang ni sudah canggih, jadi tak perlu risau, melalui laman sosial seperti FACEBOOK dan Twitter saja, anda sudah boleh berkongsi bersama segala macam jenis gambar yang anda inginkan. Mahu lebih romantik? Apa kata sekiranya anda menghantar e-mel kepadanya, sekurang-kurangnya, hanya si dia saja yang boleh melihat gambar anda. Maklumlah, kenangan romantis bersama mana boleh dikongsi beramai-ramai.
Lebih mudah, anda juga boleh ber’chatting’ dengannya melalui Yahoo Messenger atau menerusi IM yang terdapat dalam Facebook. Alaa, zaman sekarang ni, sudah banyak laman web yang disediakan khas untuk ber’chatting’ sahaja. Jadi, tunggu apa lagi?
Perkara penting yang saya ingin ingatkan ialah elakkan perasaan cemburu yang keterlaluan. Atau perasaan syak wasangka yang berlebihan. Sikap tersebut bakal merosakkan hubungan cinta anda. Penting sekali bagi anda untuk mempercayainya walaupun dia berada jauh dan tidak boleh dilihat dengan mata. Cuba belajar untuk mempercayai dirinya. Percayalah, si dia akan lebih menghargai anda kerana sikap anda itu.
Orang cakap, kita tak dapat melakukan aktiviti bersama-sama sekiranya bercinta jarak jauh. Betul ke? Saya rasa tak betul kerana walaupun bercinta jarak jauh, anda masih lagi bolehmelakukan aktiviti bersama-sama. Misalnya, mengajak si dia untuk menonton televisyen bersama-sama serentak. Atau sekiranya anda peminat setia ‘online game’, cuba anda ajak si dia untuk turut sama bermain ‘game’. Sudah tentu hubungan anda akan menjadi lebih erat. Selamat mencuba.
sumber: http://adazm.com/?p=34

No comments:
Post a Comment